Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Negeri Sarawak
11 April 2024 | Aktiviti TerkiniPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 10 April 2024 iaitu pada hari raya pertama.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran lebih kurang 13, 000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Suasana meriah berlangsung di BCCK di mana para tetamu berkongsi kegembiraan sambil menikmati kehangatan suasana sambutan Hari Raya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: